Monday, February 28, 2011

Sambal ikan bilis

 Hari ni terpaksa duduk rumah. Adik demam dan muntah-muntah dari semalam. Kesian dia. Nampak sangat penat. Mudah-mudahan adik cepat sembuh.

Memandangkan adik asyik merengek je, nak masuk dapur untuk masak pun tak sempat. Luckily, weekend hari tu ada buat sambal ikan bilis, boleh panaskan untuk makan.

Makan dengan biskut cream cracker pun sedap



Nak cuba resepi sambal ni?

Bahan-bahan

Ikan bilis 200 gram
Bawang merah 7 ulas
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar 1 biji
Halia 1/2 inci
Cili kering 5-10 tangkai (bergantung pada saiz cili)
Air asam jawa 1 cawan
Garam
Gula

Cara-cara

Potong bawang besar dan goreng hingga layu
Bahagikan ikan bilis kepada dua bahagian
1 bahagian dikisar halus
1 bahagian digoreng garing
Asingkan dahulu bahan-bahan ini
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan minyak dari gorengan bawang dan ikan bilis
Masukkan garam, gula, air asam jawa ikan bilis yang telah dikisar tadi dan masak hingga pekat
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan bawang yang telah digoreng
Boleh juga masukkan belacan jika suka

Friday, February 18, 2011

Blogs We Read

What a wonderful day today.. Why? Because it is our day off... Boleh bermalas-malasan.
The kiddos are sleeping and Mr Hubby went to thecar wash so it's me and me own sweet time... apa lagi, buka blog la. update blog yg baru ada dua entry huhu..

I noticed that Mr Hubby pun suke baca blog. (Not this blog as he is still not aware that I have my own blog).. Dia suka baca blog pasal big bikes.. Yup, minat kat motor bike la kononnya lebih-lebih lagi bila dah dapat beli motor idaman dia. Asalkan dia tak joint any bikers club dah la..

I pulak suka baca blog sorang akak ni yang dok kat perth. Her blog is all about her life with her mat salleh hubby, her kids, gardens and food she cooks.. Layan juga :)

Sunday, February 13, 2011

Nak kata apa ye...

nak tulis apa ye?? konon buat blog nak luahkan isi hati, tapi tak terluah juga.
sebenarnya banyak sangat yang bermain-main difikiran ni. family, kerjaya dan personal...

Tapi dua tiga hari kebelakangan ni, asyik fikir tentang nak further study.
Cuma bila mula je fikir nak further study, tertanya pulak mampu ke nak further study ni?
Bila tengokkan keadaan kerja sekarang.. memang teringin sangat la nak sambung belajar.
dah tak tahan dengan suasana kerja. Hari-hari pergi kerja rasa tak ada semangat. Lemah segala sendi hehhehh.

Nak sambung belajar ni pun bukannya benda mudah. Lebih-lebih lagi kalau nak buat kat overseas. Banyak juga benda nak difikirkan. Macammana dengan suami dan anak-anak nanti. Macam mana dengan loan-loan kitorang.. adus..

Walau apa pun.. apply je dulu Hadiah Latihan Persekutuan tu. Sebab belum tentu dapat pun kalau apply. Syarat nye pun bukan main banyak lagi. Bila dah dapat baru fikir selanjutnya.

Let's take it one step at a time. ;)

Tuesday, February 1, 2011

Bila Hati Ini Berkata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Post pertama blog baru ku ini. 

Dah lama nak ada blog untuk luahkan apa yang terlintas di hati. Kekadang, ada perkara yang terlintas di fikiran tapi tak terluah dengan perkataan.  Sebab itulah tittle blog ini 'Bila Hati Ini Berkata'.  Tapi biarlah ianya kata-kata yang baik sahaja.  InsyaAllah.

Sedikit tentang diriku, si Kata Hati.  Telah hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga dengan Mr Hubby tersayang dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Kakak dan Adik.  Sedaya upaya mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga.  Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah. Amin