Sunday, February 26, 2012

Long Lost Blog

Dah lama tak menulis kat blog ni. Sampai buleh lupa dah namanya ...
Entry dah la tak banyak, update lak jarang-jarang sekali...
Hari ni tetibe teringat nak bukak n tersenyum sendiri baca entry2 lepas :)

Sedar tak sedar dah nak habis bulan Februari 2012. Sekejap saja masa berlalu.
Tahun lepas 2011 banyak meninggalkan kenangan pahit masin masam manis.
Saya berdoa mudah-mudahan tahun 2012 ini saya menjadi insan yang lebih baik.. sebagai hamba Allah lebih beriman, anak yang lebih solehah, isteri yang lebih taat, ibu lebih mithali, pekerja lebih cemerlang, ketua yang lebih adil mahupun rakan yang sentiasa disenangi. Amin...

Kehilangan beberapa insan yang dekat dalam hidup, membuat kan saya sentiasa teringatkan tentang hakikat kehidupan. Kita manusia biasa, apa pun yang kita rancang dalam hidup kita, Allah sahaja yang menentukan pengakhirannya. Bila-bila masa sahaja ajal boleh menjemput kita. Dan bila mengingatkan saat kematian, hati terasa takut dan gentar. Sudah bersediakah kita untuk menghadapi saat itu?

Ya Allah, aku mohon pada mu, sekiranya tiba masa untuk ku pergi mengadap Mu nanti, akhirkanlah nafas ku ini dengan menyebut kalimah nama Mu dan dengan hati yang penuh beriman pada mu.
Amin.




Wednesday, November 16, 2011

marah dan geram

rasa marah sgt sekarang ni
hanya bila teringatkan anak2, reda skit marah
dan rasa nak tutup pc, balik umah

Monday, August 15, 2011

Teringat 'Kenakalan' Silam...

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 15 berpuasa. Mudah-mudahan dalam melengkapkan ibadah puasa pada tahun ini dengan sempurna.

Bekerja dalam bulan puasa ni pun cukup mencabar. Bukan sahaja nak tahan lapar dan dahaga, tapi juga nak tahan mata yang tak leh nak bukak ni. Dalam dok cuba menahan menahan mengantuk, tetiba teringat kisah masa kecik-kecik dulu. Masa zaman sekolah rendah, tapi tak ingat darjah berapa.

Biasalah zaman kanak-kanak, memang suka main memanjang. Kalau ada kerja rumah, mesti lengah-lengah nak buat. Bila ada cuti panjang, cikgu akan biasanya bagi homework yang banyak, berpadanan dengan masa cuti. Pada Kisah yang paling teringat sampai sekarang, bila dah saat-saat akhir sekolah nak bukak baru tengok kerja rumah. Pastu bila sedar yang kerja rumah tu banyak giler.... esp kerja matematik... mula gelabah.. camana nak siapkan... apa yang saya buat, saya call sorang kawan baik ni yang memang dia ni budak genius dan rajin... saya bagitahu dia nak bincang jawapan soalan matematik tu. Soalan tu objektif. Saya minta dia baca jawapan dan saya bagi tahu kononnya kalau jawapan saya lain daripada dia punya, nanti saya bagitahu dia. padahal saya belum buat pun lagi soklan tu. adalah yg konon2 saya buat jawapan saya salah pastu bincangkan balik apa jawapan yang betul. of course la jawapan dia betul sebenarnya.haisssssshhh nyesal tau sampai sekarang wat cam tu.. walau sekali je buat tapi masih teringat sampai sekarang.

Member tu dah jadi doktor... kalau la ada peluang nak minta maaf ngan dia..

PS: entri ni juga utk hilangkan ngantuk

Monday, August 1, 2011

Kasih Ibu

Entry kali ini sekali lagi tentang perhimpunan bulanan di office saya. Cume tajuk yang sampaikan kali ini berbeza dengan tajuk-tajuk lain yang pernah disampaikan sebelum ini. Ia cukup memberi impak pada saya. Kasih ibu.

Penyampai menyampaikan secara bersahaja sambil berkongsi cerita beliau menghantar makanan kepada anaknya yang berada di asrama selepas solat Terawih. Di saat beliau melihat anaknya menikmati makanan yang dibawa, naluri keibuannya tersentuh dan beliau teringatkat ibu beliau yang sudah tiada di sisi.

Panjang juga cerita beliau tapi yang ingin disampaikan adalah, kasih ibu kepada kita tiada tolok bandingnya tapi bagaimana kasih kita kepada ibu kita?  Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ambillah kesempatan untuk menziarahi ibu kita kerana apabila ibu sudah tiada, tiadalah lagi peluang untuk kita bersamanya untuk bermanja, tiadalah kita dapat menciumnya lagi, tiada lah kita dapat mendengar suaranya menasihati kita lagi dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menggantikan ibu kita . . .

Thursday, July 21, 2011

Inginku Bercuti Tapi Apakan Daya...

Terasa sangat-sangat penat kerana beban tugas yang semakin mendesak. Saya betul-betul ingin bercuti dan merehatkan badan dan minda tapi apakan daya tiada kemampuan dari segi masa dan juga wang.


Saya cuma berharap mesyuarat yang akan diadakan pada hujung minggu ini di sebuah hotel di Shah Alam dapat memberi peluang kepada saya mencuri peluang untuk bersama keluarga meluangkan masa bersama.
Mesyuarat akan diadakan pada hari Ahad, tapi kami akan mendaftar masuk pada hari Sabtu. Berlegar-legar difikiran ini untuk mencari tempat yang menarik di sekitar Shah Alam ang boleh kami kunjungi dalam masa satu hari tersebut. Antara yang telah ada dalam perancangan ialah mencuba masakan di Restoran Upin Ipin, menziarahi danbersolat di masjid yang menjadi mercu tanda Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz  dan menikmati suasana bercahaya dan berwarna-warni di I-City pada sebelah malam.

Moga ianya menjadi kenyataan.

Monday, June 6, 2011

Saya Sayang Abang

Baru saya sedar yang suami sedang dihimpit masalah kewangan. Selama ni ingat semua ok. Kenapa tak rasa sebelum ini? Sebab sebelum ini semua masalah tu ditanggung sendiri suami. Mmm kesian dia. Memang benar gaji dia besar. Tapi bulan-bulan dia kene bayar duit ansuran pinjaman peribadi, pinjaman pelajaran, rumah, kereta dan motor. Hutang kad kreditnya pula dah mencecah RM6 ribu. Patut la bila saya ajak di bercuti atau pergi jalan-jalan, dia akan tanya ada duit ke? Saya biasanya akan jawab, ada tanpa sedar yang dia sedang berkira-kira macam mana nak langsai semua hutangnya. Bila saya nak beli itu, ini, dia tidak membantah, cuma berkata nanti sajelah. Saya senyap tanda merajuk tanpa tahu yang setiap bulan, duit dia cukup-cukup je.

Bagi saya, bulan-bulan hanya perlu bayar pinjaman kereta dan kad kredit. Duit lebih, masuk dalam simpanan anak-anak dan diri sendiri. Tak pula terfikir nak bantu dia dan tak juga simpankan untuk dia walau sedikit.  Saya selalu ingatkan suami ni saya boros dan suka berbelanja. Tapi apa yang dibelinya itu, untuk keperluan kami sekeluarga juga. Yang boros sebenarnya saya sendiri.

Semalam berbual dengan dia, baru sedar yang dia terlalu banyak komitmen kewangan yang perlu difikirkan. Saya tersentak. Saya rasa sedih. Kenapa tak terlintas sebelum ini nak tanya dia. Saya rasa bersalah, kenapa tak bantu dia. Saya perlu sedar, sekarang bukan masa untuk bersenang-lenang. Saya perlu bantu dia sehabis yang saya mampu. Saya akui, ada kalanya saya impikan untuk bergaya dengan pakaian yang berjenama, memiliki emas dan berlian, bercuti ke luar negara, menggunakan gadget yang canggih dan terkini dan macam-macam lagi, tapi sebenarnya saya belum mampu untuk hidup begitu. Dan bila difikirkan balik, saya tak  perlu pun untuk hidup begitu. Saya perlu bantu suamiku. Itulah tugas isteri.  

Abang,

Saya minta maaf. Hari ini cukup 7 tahun perkahwinan kita.  Walau Abang tak merungut pada Saya, Saya janji akan bantu Abang. Saya bantu Abang semampu yang boleh. Susah senang kita bersama.
Itu janji Saya. InsyaAllah.

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-7 Abang.
Mudah-mudahan usia perkahwinan kita berpanjang dan mendapat keredhaanNya.
Saya sayang Abang.

6 Jun 2011

Tuesday, May 10, 2011

10 Mei 2011

Hari ni 10 Mei. Birthday Mr Hubby tersayang. 

So, sempat buat this simple wall deco,


 
bought him a cake from Baker's Cottage...

 and have a simple birthday celebration!


Love you so much abang.. thank you for being you.. muahhhhh