Memandangkan adik asyik merengek je, nak masuk dapur untuk masak pun tak sempat. Luckily, weekend hari tu ada buat sambal ikan bilis, boleh panaskan untuk makan.
Makan dengan biskut cream cracker pun sedap |
Nak cuba resepi sambal ni?
Bahan-bahan
Ikan bilis 200 gram
Bawang merah 7 ulasBawang putih 5 ulas
Bawang besar 1 biji
Halia 1/2 inci
Cili kering 5-10 tangkai (bergantung pada saiz cili)
Air asam jawa 1 cawan
Garam
Gula
Cara-cara
Potong bawang besar dan goreng hingga layu
Bahagikan ikan bilis kepada dua bahagian
1 bahagian dikisar halus
1 bahagian digoreng garing
Asingkan dahulu bahan-bahan ini
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan minyak dari gorengan bawang dan ikan bilis
Masukkan garam, gula, air asam jawa ikan bilis yang telah dikisar tadi dan masak hingga pekat
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan bawang yang telah digoreng
Boleh juga masukkan belacan jika suka