Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Ayam Goreng Uncle Bob

Rasanya ramai dah tahu n pernah rasa ayam goreng uncle bob ni.. Kat putrajaya ni ayam goreng ni ada dijual kat pasar malam/pasar tani putrajaya setiap hari selasa n jumaat.

Mr Hubby suke sangat beli walaupun orang beratur panjang... sanggup je tunggu. Pastu mesti beli dua sebab nak lepaskan geram dah beratur lama sangat...

Balik umah, dah penat.. tak habis pun makan nye!

So, untuk mengelakkan pembaziran apa kata kita jadi kreatif sket.. Simpan ayam goreng dulu ayam goreng yang tak habis tu dulu dalam peti sejuk.



The first thing in the morning, di saat-saat budak masih tidur, tengok kat dapur dan dalam peti sejuk korang ada tak bahan-bahan kat atas ni?  Kalau ada, dah boleh mula.


Potong dulu bawang, tomato and ayam goreng uncle bob leftovers kecil-kecil. Pre-heat your pan dan cairkan sedikit marjerin.

Next, goreng bawang.



Bila dah layu dan nampak a bit brown, masukkan ayam.



Add a pinch of salt to taste.


Add the chopped tomato.



Kacau sekejap.. then tutup api. Pastu masukkan daun salad dan gaulkan.

Ok dah siap. Now, cube tengok ada tak biskut ke, roti ke, tortilla ke, roti pita ke...
Saya ada roti...


So, boleh buat sandwich utk breakfast. Makan dengan sos cili and serve with your favourite morning tea or any other drinks. By the time siap, budak-budak dah bangun n Mr Hubby pun turun dan tanya apa tu? Just say "Suprise" :)


Monday, February 28, 2011

Sambal ikan bilis

 Hari ni terpaksa duduk rumah. Adik demam dan muntah-muntah dari semalam. Kesian dia. Nampak sangat penat. Mudah-mudahan adik cepat sembuh.

Memandangkan adik asyik merengek je, nak masuk dapur untuk masak pun tak sempat. Luckily, weekend hari tu ada buat sambal ikan bilis, boleh panaskan untuk makan.

Makan dengan biskut cream cracker pun sedap



Nak cuba resepi sambal ni?

Bahan-bahan

Ikan bilis 200 gram
Bawang merah 7 ulas
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar 1 biji
Halia 1/2 inci
Cili kering 5-10 tangkai (bergantung pada saiz cili)
Air asam jawa 1 cawan
Garam
Gula

Cara-cara

Potong bawang besar dan goreng hingga layu
Bahagikan ikan bilis kepada dua bahagian
1 bahagian dikisar halus
1 bahagian digoreng garing
Asingkan dahulu bahan-bahan ini
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan minyak dari gorengan bawang dan ikan bilis
Masukkan garam, gula, air asam jawa ikan bilis yang telah dikisar tadi dan masak hingga pekat
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan bawang yang telah digoreng
Boleh juga masukkan belacan jika suka