Sunday, February 26, 2012

Long Lost Blog

Dah lama tak menulis kat blog ni. Sampai buleh lupa dah namanya ...
Entry dah la tak banyak, update lak jarang-jarang sekali...
Hari ni tetibe teringat nak bukak n tersenyum sendiri baca entry2 lepas :)

Sedar tak sedar dah nak habis bulan Februari 2012. Sekejap saja masa berlalu.
Tahun lepas 2011 banyak meninggalkan kenangan pahit masin masam manis.
Saya berdoa mudah-mudahan tahun 2012 ini saya menjadi insan yang lebih baik.. sebagai hamba Allah lebih beriman, anak yang lebih solehah, isteri yang lebih taat, ibu lebih mithali, pekerja lebih cemerlang, ketua yang lebih adil mahupun rakan yang sentiasa disenangi. Amin...

Kehilangan beberapa insan yang dekat dalam hidup, membuat kan saya sentiasa teringatkan tentang hakikat kehidupan. Kita manusia biasa, apa pun yang kita rancang dalam hidup kita, Allah sahaja yang menentukan pengakhirannya. Bila-bila masa sahaja ajal boleh menjemput kita. Dan bila mengingatkan saat kematian, hati terasa takut dan gentar. Sudah bersediakah kita untuk menghadapi saat itu?

Ya Allah, aku mohon pada mu, sekiranya tiba masa untuk ku pergi mengadap Mu nanti, akhirkanlah nafas ku ini dengan menyebut kalimah nama Mu dan dengan hati yang penuh beriman pada mu.
Amin.




No comments:

Post a Comment