Monday, March 7, 2011

Listening

Pagi tadi ada perhimpunan bulanan Jabatan.  Topik yang disampaikan adalah ’Listening’. Mengikut speaker tadi, tiada terjemahan yang tepat dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan ‘listen’ sebab perkataan ‘dengar’ terjemahannya adalah ‘hear’.  Jadi ‘listen’ sebenarnya adalah mendengar dengan hati… and it requires some skill to be a good listener.
Betul juga tu kan.. Kekadang kita lupa nak dengar dengan hati. Itu yang jadi masuk telinga kanan keluar telinga kiri or masuk telinga kiri keluar telinga kanan J.  Sebab tidak menjadi a good listener juga lah miscommunication boleh berlaku.  Dan yang selalu juga berlaku semua orang nak bercakap tapi takde orang nak dengar (dengan hati)!.
Antara cara untuk menjadi good listeners seperti yang disebutkan oleh speaker tadi ialah:
1.       Tumpukan pada apa yang ingin disampaikan, jangan mengarang jawapan semasa orang sedang bercakap (ni biasanya orang yang jenis nak lawan cakap orang je.. ada je jawapan dia nanti)
2.       Beri peluang seseorang itu bercakap sehingga dia selesai menyampaikan apa yang hendak disampaikan  (tapi macam mana kalau jenis yang tak de reti nak habiskan percakapan dia? hehheh… jenuh la tunggu sampai dia habis cakap)
3.       Beri tanda/ sign yang menunjukkan yang kita mendengar seperti ‘ya’, ‘ok’ atau anggukan. (Tapi anggukan or any other signs tidak menandakan kita faham kan..)
4.       Avoid distractions semasa kita mendengar. Contoh yang speaker tadi berikan, menjawab panggilan telefon semasa kita sedang mendengar seseorang sedang bercakap. (tapi sekarang zaman ICT dan semua nak pantas, so can’t really avoid that)
5.       Beri short response kepada mereka yang bercakap yang menandakan kita faham apa yang dia sampaikan..
And few more other tips about listening skills… but itu je yang dapat diingat.  Ok, maybe I’m not a good listener after all J

No comments:

Post a Comment