Monday, March 28, 2011

Black Pepper Steak [yang mudah]

Suka sgt tgk blog2 yang tayang makanan home made tapi nampak sgt2 eksklusif seperti yang disediakan oleh chef profesional. ....droool...

Teringin lah juga nak buat so, semalam for our dinner, I cooked this... Ready peps?



*

1

*
*

2
*
*
*

3


Tadaaa..






Hahahhahha takde lah nampak special sangat pun kan?kecoh je lebih... 
Tak pe. Lain kali boleh cube lagi.  

Ni resepi Black Pepper Steak yang sangat mudah tu

v½ kilo daging batang pinang
v7 ulas bawang merah
v3 ulas bawang putih
v½ inci halia
v1 sudu besar lada hitam (biji)
v½ cawan kicap manis
v1 batang lobak merah (potong menyerong)
v½ cawan cendawan butang (hiris)
v1 biji bawang besar dipotong bulat
v1 biji buah tomato dipotong kepada 8 bahagian
v2 sudu tepung jagung
vAir secukupnya
vMinyak masak
vGaram dan gula (optional)

Camana nak buat?
Potong daging kepada beberapa kepingan
Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam
Goreng bawang dan buah tomato hingga lagu. Ketepikan dahulu
Masukkan daging, bahan kisar, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam
Masak hingga separuh empuk
Masukkan lobak merah dan cendawan butang dan masaklah hingga daging empuk
Tambah air jika perlu. Jika ingin lebih masin dan manis, masukkan sedikit garam dan gula
Masukkan bawang dan buah tomato yang digoreng tadi
Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam masakan
Biarkan kuah pekat dan tutup api

Hidangkan dengan coleslaw, garlic bread. Makan dengan fries pun sedap.
Ok, let me know if you like it ;)

Monday, March 7, 2011

Listening

Pagi tadi ada perhimpunan bulanan Jabatan.  Topik yang disampaikan adalah ’Listening’. Mengikut speaker tadi, tiada terjemahan yang tepat dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan ‘listen’ sebab perkataan ‘dengar’ terjemahannya adalah ‘hear’.  Jadi ‘listen’ sebenarnya adalah mendengar dengan hati… and it requires some skill to be a good listener.
Betul juga tu kan.. Kekadang kita lupa nak dengar dengan hati. Itu yang jadi masuk telinga kanan keluar telinga kiri or masuk telinga kiri keluar telinga kanan J.  Sebab tidak menjadi a good listener juga lah miscommunication boleh berlaku.  Dan yang selalu juga berlaku semua orang nak bercakap tapi takde orang nak dengar (dengan hati)!.
Antara cara untuk menjadi good listeners seperti yang disebutkan oleh speaker tadi ialah:
1.       Tumpukan pada apa yang ingin disampaikan, jangan mengarang jawapan semasa orang sedang bercakap (ni biasanya orang yang jenis nak lawan cakap orang je.. ada je jawapan dia nanti)
2.       Beri peluang seseorang itu bercakap sehingga dia selesai menyampaikan apa yang hendak disampaikan  (tapi macam mana kalau jenis yang tak de reti nak habiskan percakapan dia? hehheh… jenuh la tunggu sampai dia habis cakap)
3.       Beri tanda/ sign yang menunjukkan yang kita mendengar seperti ‘ya’, ‘ok’ atau anggukan. (Tapi anggukan or any other signs tidak menandakan kita faham kan..)
4.       Avoid distractions semasa kita mendengar. Contoh yang speaker tadi berikan, menjawab panggilan telefon semasa kita sedang mendengar seseorang sedang bercakap. (tapi sekarang zaman ICT dan semua nak pantas, so can’t really avoid that)
5.       Beri short response kepada mereka yang bercakap yang menandakan kita faham apa yang dia sampaikan..
And few more other tips about listening skills… but itu je yang dapat diingat.  Ok, maybe I’m not a good listener after all J