Monday, May 14, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Tiada kata-kata lain yang dapat kuungkapkan hanya kesyukuran yang tidak terhingga pada Ilahi.

Daripada pemeriksaan awal, doktor tidak menemui sebarang tanda ketumbuhan atau tumor pada ruangan hidung, telinga atau tekak. Walau bagaimanapun, hati ini tetap gusar dengan symptom-sympton lain yang ada. Doktor menjangkakan sympton telinga berdengung kemungkinan besar adalah kerana perubahan hormon ibu mengandung. Kesan luka pada dinding lubang hidung juga ditemui yang mungkin menjadi penyebab kepada pendarahan hidung. Aku juga memaklumkan bahawa terdapat ketulan pada leher dan doktor menemui tiga ketulan kecil. Ketulan mungkin disebabkan aku yang sedang mengalami batuk dan sakit tekak.   Buat sementara waktu, Doktor memberikan ubat dan antibiotik untuk melegakan sympton-sympton tersebut dan pemeriksaan susulan akan dilakukan untuk melihat keberkesanannya. Walau masih ragu, tapi aku tetap berdoa agar hasil pemeriksaan ini adalah benar. Terdetik juga untuk mendapatkan second opinion daripada pakar ENT yang lain.

Sepanjang beberapa hari yang lalu. Hati ini dilanda rasa tidak keruan, runsing.  Setiap detik dirasakan amat berharga. Benar Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Sesungguhnya hati ini sentiasa dalam kelalaian. Pabila diuji baru lah mula terasa penyesalan terhadap masa silam dan ruginya diri ini kerana mempersiakan-siakan detik-detik masa dan nikmat yang telah dikurniakan Allah. Sungguh rugi kerana peluang itu tidak akan kembali.

Apa yang saya rasa sekarang ini.
- Hari ini masuk hari ketiga aku mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh Doktor. Hidung masih tersumbat namun akan hilang seketika setelah ubat semburan diambil.
- Telinga masih berdengung namun dengungan tidak dapat dirasa jika dalam keadaan hidung tidak tersumbat.
- Sakit pada lehar telah hilang. Alhamdulillah
-Sakit tulang punggung masih ada
- Yang aku risau, dada ku makin sakit, dan seperti dicucuk benda tajam dan seperti sukar untuk bernafas.

No comments:

Post a Comment