Friday, May 11, 2012

Preparing for the Worst

Esok temujanji dengan pakar ENT. Hanya Allah yang tahu perasaanku sekarang ini. Bercampur baur.
Walau apa pun, aku perlu terima kenyataan. Apa yang bakal ditemui daripada pemeriksaan esok tetap perlu aku terima dengan redha. Daripada sympton yang aku rasa seolah-olah aku sudah di tahap iv. Namun ku mohon pada mu Ya Allah, moga ianya hanya perasaan ku sama sekali.

More info gathered from googling. Lagi banyak di baca, lagi banyak kerisauan.



Nasofarinks merupakan suatu bahagian yang agak terlindung dalam struktur yang terdapat di kepala seorang manusia. Ia adalah kawasan yang terletak di bahagian belakang rongga hidung seseorang. Seperti namanya, nasofarinks adalah sebahagian daripada farinks, iaitu saluran pernafasan manusia yang paling atas.
Nasofarinks ialah penghubung antara rongga hidung dengan saluran pernafasan yang lain. Dalam keadaan normal, udara yang disedut sewaktu pernafasan akan masuk melalui hidung dan melalui nasofarinks sebelum ia dihalakan ke orofarinks, larinks, trakea dan sistem bronkus yang meneruskan pengaliran udara ke paru-paru. Begitu juga dengan udara yang dihembus keluar, perjalanannya turut melalui semua struktur sama sebelum ke nasofarinks dan keluar.
Kanser nasofarinks merupakan suatu yang bukannya begitu jarang berlaku. Walaupun secara keseluruhannya, kanser nasofarinks berlaku pada kadar yang rendah berbanding dengan kanser-kanser lain di seluruh badan manusia, ia adalah antara kanser yang agak ketara jumlahnya dalam kalangan kanser yang difokuskan pada bahagian kepala. Bilangannya lebih ketara terutamanya bagi penduduk di kawasan Asia jika dibandingkan dengan negara-negara barat. Secara perbandingan juga, peratusannya lebih tinggi di kalangan penduduk yang berketurunan Cina.

Punca


Read More: http://www.serikasih.com/kanser-nasofarinks#ixzz1uS33pzG7
Punca sebenar terjadinya kanser nasofarinks sehingga kini masih belum dapat diterangkan dengan jelas. Namun, beberapa teori seperti faktor genetik, jangkitan virus Epstein Barr (EBV), pencemaran udara dan faktor pemakanan adalah antara teori yang sering dikaitkan dengan kanser nasofarinks. Kanser jenis ini bermula dari satu bahagian dalam nasofarinks yang dikenal sebagai Fossa of Rosenmuller (FOR). Bahagian ini terletak di sebelah bukaan tiub Eustachian yang turut terdapat di dalam nasofarinks.
Setiap manusia mempunyai dua FOR iaitu di sebelah kanan dan kiri. Kanser ini boleh terbentuk pada mana-mana belah bahagian nasofarinks. Sebagaimana difahami, istilah kanser itu sendiri merujuk kepada pertambahan bilangan akibat kadar pertumbuhan dan pembahagian sel yang berlaku secara tidak normal dan tidak terkawal. Dalam kes ini, sel-sel di bahagian FOR tersebut telah bertumbuh melebihi kawalan badan yang sepatutnya dan membentuk kanser nasofarinks. Sel kanser ini juga tidak menunjukkan ciri-ciri sel yang normal. Tiada umur tertentu yang berisiko untuk menghidap kanser ini namun didapati secara purata kes-kes yang banyak terjadi ialah antara mereka yang berumur 40 hingga 60 tahun. Golongan lelaki juga menunjukkan bilangan yang lebih tinggi menghidap kanser nasofarinks berbanding wanita.
Gejala dan tanda
Disebabkan lokasi nasofarinks yang terletak di bahagian yang menjadi penghubung antara rongga hidung dan saluran pernafasan yang lain, serta terdapatnya struktur seperti bukaan tiub Eustachian di dalamnya, maka gejala dan tanda yang ditunjukkan oleh pesakit kanser nasofarinks akan jelas kelihatan. Ini disebabkan oleh pembesaran ketumbuhan itu sendiri, pencerobohan ke atas struktur di sekitarnya ataupun kesan apabila sel-sel kanser ini telah merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain.
1. Hidung:
Saiz ketumbuhan yang membesar akan mengakibatkan pernafasan hidung menjadi tersumbat. Ini akan menyebabkan seseorang itu bernafas melalui mulut dan mula berdengkur sewaktu tidur. Hidung tersumbat juga akan menyebabkan nada percakapan menjadi berubah (seperti ketika mengalami hidung tersumbat sewaktu selsema). Ini kerana sedikit udara perlu keluar melalui hidung sewaktu kita bercakap bagi menjadikannya lebih sedap untuk didengar. Tidak kurang juga pesakit kanser nasofarinks yang mengalami pendarahan hidung.
2. Telinga:
Bukaan tiub Eustachian di dalam nasofarinks berfungsi untuk memberikan pengudaraan dan ventilasi kepada telinga tengah manusia. Pengudaraan ini amat penting bagi memastikan telinga tengah mempunyai tekanan sama seperti tekanan di telinga luar (tekanan atmosfera). Sebarang rembesan atau cecair yang ada dalam teling tengah seharusnya keluar melalui bukaan ini. Apabila ketumbuhan nasofarinks terjadi, maka bukaan ini akan tertutup, atau terganggu fungsinya. Ini akan menyebabkan rembesan telinga tengah tidak dapat keluar, pengudaraan tidak dapat berlaku dan seterusnya mengganggu proses pendengaran. Kurangnya pendengaran di sebelah telinga, terutamanya dari jenis konduktif di kalangan orang dewasa seharusnya dipandang serius dan perlu dipastikan kanser nasofarinks bukan puncanya.
3. Kesan Saraf:
Lokasi nasofarinks berada begitu hampir dengan struktur mata dan lantai otak (skull base). Kanser di kawasan ini boleh memberikan kesan terhadap saraf-saraf di sekitar atau melalui kawasan yang berhampiran dengannya. Antara saraf yang kerap terlibat ialah saraf yang mengawal fungsi pergerakan mata. Pergerakan bebola mata mungkin terganggu dan penglihatan pastinya terjejas. Walaubagaimanapun, saraf-saraf kranial (kepala) yang lain juga tidak terkecuali daripada terlibat sama.
4. Kelenjar limfa leher :
Bilangan pesakit kanser nasofarinks yang datang ke klinik dengan hanya bengkak kelenjar limfa di leher amat tinggi. Bengkak kelenjar ini terjadi kerana bahagian nasofarinks mempunyai jaringan limfa yang menyebabkan sel-sel kanser tersebut boleh mengalir ke dalam kelenjar di leher. Apabila sel-sel ini berada di situ, maka ia mula akan membahagi dan bertambah bilangannya dalam kadar yang cepat. Ini akan menyebabkan kelenjar tersebut menjadi bengkak.
5. Metastasis:
Metastasis merujuk kepada penyebaran (merebak) sel-sel kanser di tempat yang jauh dari lokasi asalnya. Selain daripada berpindah tempat ke kelenjar limfa di leher, sel-sel kanser ini boleh juga meloloskan dirinya untuk pergi ke tempat lain. Antara lokasi yang biasa menjadi tempat sel-sel kanser ini pergi termasuklah tulang, paru-paru dan hati.
Diagnosis
Apabila seseorang pesakit yang datang ke klinik dengan tanda-tanda seperti di atas, maka pemeriksaan yang paling penting dilakukan ialah pada bahagian nasofarinks. Pemeriksaan bahagian ini boleh dibuat dengan jelas menggunakan endoskopi hidung yang mampu menunjukkan dengan jelas kawasan FOR yang terdapat di nasofarinks. Biasanya, apabila terdapat sebarang keabnormalan pada bahagian FOR ini, maka biopsi akan dilakukan setelah ubat penahan sakit diberikan. Ia merupakan suatu prosedur yang pendek dan dilakukan di klinik sahaja.
Selain daripada sampel tisu dari FOR diambil untuk kajian, imbasan berkomputer (CT scan) juga diperlukan untuk melihat sejauh mana ketumbuhan tersebut telah merebak. Ia amat penting untuk menentukan jenis rawatan dan juga sebagai perbandingan selepas tamat rawatan nanti. Selain itu, pesakit juga mungkin perlu menjalani imbasan sinar-X dada, ultrasonografi abdomen dan sebagainya sebagai sebahagian daripada penyiasatan sebelum rawatan dimulakan.
Rawatan
Setelah penyiasatan terhadap jenis, tahap ketumbuhan serta jarak penyebaran yang mungkin ada, langkah seterusnya ialah memulakan rawatan. Dalam kes kanser nasofarinks, radioterapi ialah rawatan utamanya dan kebanyakan pesakit menunjukkan respons yang baik terhadap radioterapi. Pembedahan merupakan rawatan sokongan sekiranya didapati kelenjar limfa leher yang membengkak tidak menunjukkan tindak balas kepada rawatan radioterapi.
Pembedahan kecil juga boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala telinga yang mengalami kekurangan pendengaran untuk membantu pesakit memulihkan tahap pendengarannya. Dalam kes-kes tertentu, kemoterapi mungkin diperlukan, namun ia bukanlah bentuk rawatan utama untuk kanser nasofarinks ini. Terapi-terapi lain seperti brakiterapi (terapi dengan memasukkan implan ke dalam ketumbuhan) serta terapi fotodinamik (penggunaan cahaya dengan jarak gelombang tertentu) untuk mengurangkan isipadu ketumbuhan juga masih lagi di peringkat kajian dan diharapkan dapat memberik hasil positif kelak.
ARKIB UTUSAN: 05/04/2009

11 Mei 2012 - Apa yang saya rasa sekarang ini...
- Pernafasan adakalamya lancar dan ada kalanya masih terasa tersekat pada lubang hidung kanan
- Sakit dada tapi tidak begitu kuat
- Dengung di telinga sebalah kiri ada masanya seperti tiada tapi hanya sekejap. Sekarang ini dengung lebih kuat berbanding pagi tadi
- Sakit Tulang punggung hingga peha masih ada
- Sakit leher sudah berkurang tapi masih terasa

No comments:

Post a Comment